Menjadi seorang suami
bukanlah dengan hanya mengahwini isterinya,
tetapi ibubapa, keluarga dan orang disekelilingnya,
Menjadi seorang suami,
bukanlah sekadar memberi nafkah zahir & batin,
tetapi pengorbanan hati dan kasih-sayang,
Menjadi seorang suami,
bukanlah sekadar berdua selamanya,
akan terlahir zuriat yang bakal mewarnai,
Menjadi seorang suami,
bukanlah sekadar gelaran dan tuntutan ugama,
tetapi tanggungjawab sebagai khalifah kecil yang harus digalas..
Dan apa pula seorang isteri?
bukanlah sekadar hiasan hidup..
Menjadi seorang isteri,
bukan hanya gelaran setelah di ijab & kabul dengan lafaz suci,
tetapi janji memikul tanggungjawab menjaga syurganya..
Menjadi seorang isteri,
bukan hanya melunaskan kehendak suami,
tetapi membahagiakannya dalam setiap saat bersama..
Menjadi seorang isteri,
bukan hanya menjaga 1 hati,
tetapi ibubapanya, keluarga dan rakan taulannya, asalkan menjaga batas
Illahi..
Menjadi seorang isteri,
bukan hanya memasak, membasuh dan mengemas,
tetapi berusaha melahirkan kesinambungan zuriat keturunan syurganya..
Menjadi seorang isteri,
tidak hanya sekadar berkongsi kehidupan,
tetapi pahala dan dosa yang akan dicatat Raqib dan 'Atid, dua Malaikat
yang sentiasa disisi..
Dan kalaulah perkahwinan itu terlalu banyak pengorbanan, apa gunanya
berkahwin ??
percayalah, ketentuan Illahi itu adalah yang tersurat dan tersirat.
Nikmat yang kita lihat dimuka bumi ini hanyalah sebesar zarah, tetapi di
sana nanti, ternanti nikmat yang tidak terhingga besarnya.
jadilah khalifah dalam keluargamu, bukan sekadar suami,
jadilah dayang dalam keluargamu, bukan sekadar isteri,
kerana jika keduanya saling memberi dengan seikhlas hati,
nescaya Syurga yang dijanji akan menanti...
Firman Allah dalam Surah
An-Nisaa’ 4; Ayat 1 :
Firman Allah dalam Surah
An-Nuur 24; Ayat 32 :
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki
dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba
kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan
kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
Firman Allah dalam Surah
Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49 :
“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan,
supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami) akan
kebesaran Allah.”
Sekian. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
adalah kelemahan saya sebagai hambanya. Apapun, semoga perkongsian ini dapat
memberikan kebahagiaan kepada pembaca.
Saya hanya memohon pembaca sedekahkanlah Al-Fatihah kepada seorang
insan yang pernah dipinjamkan Illahi disisi saya, seorang wanita yang
penyayang, penyabar, setia, cekal dan tabah, dialah Halimatus Saadiah Razali.
Mh Hanafi SirMhD
02.28pm / 13.3.2018