Friday, July 8, 2011

Diari Perpisahan...

05 MEI 2010 (Dua hari sebelum)Aku masih bercuti, berada dirumah akibat dari serangan asthma, demam batuk n selesema.. penyakit yg hampir menyebabkan aku terkena radang paru-paru...
seperti biasa, ym aku on, memang begitu setiap hari kecuali PC di off atau ada sahabat yg lain menggunakannya... Pada jam 8:48:40 AM (5/5/2010), dia mghantarkn msg seperti selalu sabtu/ahad jika kami bercuti.. "assalamualaikummm...", " sayaaannngggg x keja kee hari ni..? ".. Akan tetapi dada ini begitu sesak pada pagi tersebut dan terus berehat tanpa melihat ke arah skrin komputer... Pada jam 12:46:11 PM (5/5/2010) aku menjawab salamnya " waalaikumussalam..".. selepas zuhur kami mula berbicara... agak panjang perbualan hari tersebut...mcam2 perkara dibincangkn untuk masa hadapan...antaranya beliau meminta aku berhenti kerja dan ikut bersamanya ke Japan mungkin selepas hari raya puasa tahun ini...antara perbualan lain pada hari ini adalah berkenaan hobi kami, DSLR dan PHOTOGRAPHY..banyak perkara yg dikongsi bersama...namun gurau senda masih seperti biasa, ada saja perkara yg ditertawakan... ADA memang seorang yg pandai melawak, ada saja gurauannya yg mencuit hati...perbualan kami pada hari tersebut berhenti pada jam 6:32:10 PM (5/5/2010): dengan senyuman manis si dia dan sedikit joke yg menghiburkan... :)


06 MEI 2010 (hari sebelum beliau pergi)
seperti selalu, pada jam 8:50:00 AM (5/6/2010), beliau memberikan salam, "assalamualaikumm..."..
dan seperti yang kebiasaannya, kami bersembang seketika...tapi xbyk topik yg dibicarakan...
entah kenapa masing2 rasa kesepian pada hari ini..namun sedikit joke menceriakan suasana..
antara yg dimaklumkan dan menyentuh hati adalah hasratnya untuk kami bersama secepat mungkin..
dia seolah-olah sudah dapat merasai akan ketibaan hari untuknya..
>>Sayang, "walaikumsalam.., maaf yeaa wak..saya letih n ngantu sangat mlm tadi..lepas solat ishyak terus tido.."
>>Sayang, "x tauu laa..badan ni rasa lemah sangat semalam..tapi ADA kuatkan gak..ingatkan semalan dapat lee borak ngn awak..tuu yg ADA kuatkan diri..x pee laa..awak sebok..baru ni ADA faham..sebelum ni ADA selalu sebok x fikir hal org lain..bila dah jadi cam ni baru tahu..apa erti rindu..hari ni saya dok umah jee..layan internet..nak baca blog kesukaan n berforum ada masa nak cari brg kat ebay n lelong jepun.."
>>Sayang, "http://abdullahbukhari.blogspot.com/ ~", " saya suka baca blog ni...best sangat..rasanya awak kenal or pernah nampak mamat ni (pemilik blog) ".. http://gosippelajar.host22.com/, "yg ni pon best gak.."

Ada beberapa wesite yg dikongsinya utk aku belajar....

>>Sayang, "huhuhu...banyanya, entah laa wak..ADA suka sangat negara jepun..awaaakkk...keja elok2 yeaaa...jgn ngula lak..mata tuu dah ok kan...jgn lak dok nengok pompuan yg gitu2.. hahahahaha...jahatnya saya..sikit2 pun nak nyakat org.ok waaaakkk...saya nak buat keja yg ada..kita sambung nanti..k ", "saya tinggalkan awak dgn lagu ni..saya suka dgn dia..cantik..kacukan us n japan..huhuhuhu "

baru sejam dua berpisah degan kerja masing2, tapi masing2 dah merindui dan perbicaraan disambung semula pada jam 12:51:07 PM (5/6/2010):
>Sayang, "walaikumsalam..abannnngggggggg..heeee buang tebiat."
>Sayang, "saya"
>Sayang, " ok..tapi x jelas.. laptop saya tetiba jee panas sangat.."
>Sayang, " ;) " " :) "
>Sayang, "saya ok jee..yeaaa laa wak...teringat kat sana..b.tingi saya dah gi sana lama dah.."
>Sayang, "yg saya suka kat taman jepun dia..cantik kan wak..cantik kan.."
>Sayang, "huhuhu..saya klau gi sana masuk free jeee..."
>>Sayang, " ;)) ..bleepppp..bleeppp...bleeppp..."
>Sayang, " :) "..
senyuman terukir dibibirnya setiap kali memberikn miss bleepp sbg tanda beliau sgt2 happy...


07 MEI 2010
Dia, isteriku, HALIMATUS SAADIAH BINTI RAZALI, telah menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi Jumaat selepas solat subuh disisi Ibunya yg tercinta. Pagi itu, selesai solat subuh bersama ibunya, beliau baring diriba ibu, meminta ibu membacakan ayat2 suci al-quran.. teringin benar katanya...
Ibu membacakan beberapa surah untuknya, dengan penuh sebak dan kyusuk demi anak tercinta...
setelah selesai, Ibunya mendapati bahawa Dia telah tiada, pergi menemui Allah dengan penuh ketenangan.. Jenazah beliau telah disembahyangkan sebaik sahaja selesai Solat Jumaat dan dikebumikan selepas selesai urusan untuk pengkebumian..


08 MEI 2010 (Hari Kedua)
AKu kebingungan, xtentu arah...bagaikan dunia ini telah kelam tatkala menerima berita pemergiaannya...Aku rasakan dunia ini telah pergi bersamanya....Oh Tuhan, benarkan berita yg dikhabarkan ini...


10 MEI 2010 (Hari Keempat)
Hari ini adalah hari ke-4 ADA pergi meninggalkan aku...ingatan ini masih kuat dan terasa seakan dia masih berada bersamaku...aku lihat berkali2 HP dan skrin monitor komputer, mana tau ada YM dari beliau seperti selalu...aku tunggu dan terus menunggu.. kadang kala aku rasa semua yg berlaku disekeliling ini cuba menyampaikan berita palsu, dengki akan kebahagiaan kami...
kenapa perlu begitu, setiap insan punya nilai kebahagiaan yg tersendiri..
badan ini masih lemah, masih lemah utk menerima kejutan dan dugaan illahi...dada ini masih sebak menahan kesedihan... ucapan takziah dari teman2 dan saudara masih diterima... Itu sahaja yg tinggal utk menambahkan semangat...
sebak hati ini tatkala masuk waktu solat, seperti biasa dia akan berpesan dahulu. "awakk dah solat? jgn lewat2kn solat yee sayanngg..."..
aku cuba bertahlil setiap lepas solat untuknya...hanya Tuhan yg Maha Mengetahui betapa hancurnya hati ini melepaskn dia pergi, namun takdir memilihnya, apakan daya ku...

Oh Tuhan, amat besar dugaan-Mu untukku ini... Kau tabahkanlah hatiku ya Allah...kuatkan Imanku...
Jika tidak, kau ambillah aku bersama untuk kembali disisi-Mu....

"Awak, abang rindukan awak...tersangat rindukan awak...please, talk to me honey..please..."
jangan buat abang mcm nie....abang nk sayang tahu, abang cintakan awak dunia dan akhirat dan cinta ini akan terus kekal abadi hingga ke akhirnya...


11 MEI 2010 (Hari Kelima)
Setiap saat, setiap detik, dia masih dihatiku, hidup dan ceria seperti dulu, sebak rasanya bile sesekali teringat bahawa dia telah pergi buat selama-lamanya...pagi ini kawan beliau ade menghubungi aku bertanya khabar...Agk lama kami berbual...Allahu akbar, sebak rasenya, terharu dengn segalanya, betapa beliau disayangi ramai teman dan keluarga... Alhamdulillah, cara pemergiannya juga amat sempurna...aku cuba kesat air mata yg mengalir dipipi, namun tidak terhenti rupanya....
Subahanallah....beginikah rupakah kepedihan jika berpisah antara dunia dan kematian..yang pergi telah melangkah ke alam baru, yang tinggal???? bagaimana dapat aku menahan kesedihan jika seseorang yg selama ini setiap saat disisi tiba2 telah pergi...???
YA ALLAH, ampuni lah hambamu ini, tak terdaya rasanya menanggung derita, biarlah sakit dari berduka, biarlah rasa pedihnya luka dari pahit menelan sengsara...
Nasib baiklah ada teman2 & keluarga yg sentiasa memberi sokongan wlupun hanya utk seketika..
YA ALLAH, jika sebelumnya disetiap solatku, Doaku agar dia kembali sihat, kini Doaku agar dia bahagia disisi-Mu, jika dahulu Doaku agar dia terus tabah dan ceria, kini Doaku agar dia terus dirahmati dengan kasih-sayang-Mu dan dijauhkn dari azab kubur dan neraka....
JIka sebelum ini Doaku agarDia disembuhkan, kini aku mohon agar ke Syurga tempat untuknya,
Jika sebelum ini Doaku agar dipertemu jodoh dengannya, kini ku pinta agar dia menanti ku disana....

SABAR YEE SAYANG, NANTIKAN ABANG DISANA, suatu ketika nanti pasti kita akan ketemu lagi...pimpinlah tanganku ini ke pintu syurga...

Selagi ada hayat abang, selagi bergerak jasad ini, selagi itu ADA akan sentiasa dihati abang...
Cinta dan kasih sayang abang untuk ADA tidak akan pernah sekalipun akan hilang...

SAYANG, RINDUNYA ABANG PADA AWAK...kita jarang berpisah, klu lame sekali pun abang tau awak kemana dan bila awak balik awak akan terus hubungi abang, tapi kali nie macam mane? Ya ALLAH....

Subahanallah...Alhamdulillah wala Illahaillah Allahu Akbar...
Subahanallah...Alhamdulillah wala Illahaillah Allahu Akbar...
Subahanallah...Alhamdulillah wala Illahaillah Allahu Akbar...


By: Mh Hanafi SirMhd @ Pena Malaya
Writted on: May 10, 2010
As a memorial of My pass life with Saadiah Razali. ®

kembara hati tatkala menculnya malam sepi....

dan hati ini,
mengembara jauh tatkala malam melabuhkan sauhnya,
ditengah kesunyian lautan gelap penuh misteri,
mencari keindahan dialam yg sedang diterokai,
walaupun segalanya berwarna kehitaman,
sunyi, dan hanya deruan ombak,
dan degupan jantung yang kedengaran,
ku intai dijendela kamar,
jika ada cahaya menyinar,
walau hanya sebesar bintang kelihatan,
aku tanyakan didalam hati,
benarkah kembaraku ini,
tidakkah akan aku sesat ditengah lautan ini jika diteruskan,
atau tenggelam didasarnya kerana kecuaianku ini,
penantian siang menjadi siksaan,
kelemasan tanpa cahayanya dikegelapan,
kehadiran kepiluan menjadi keresahan,
yang akhirnya melahirkan titisan air mata yg lama terpendam,
aku, disini dan terus disini,
menanti siang, agar dapat kuteruskn perjalanan,
yang pastinya selamat dan meyakinkan,
untuknya, itulah pengorbanan...


Salam Pena Malaya

Mh Hanafi, MhD12.12.09 / 9.58pm

Pandanglah Diri, Tanyalah Hati

By: Pena Malaya
Mh Hanafi, MhD
July 29, 2010 ; 02:38am

Pandanglah Diri, Tanyalah Hati


Tualang tinggi pohonnya rendang,
buat singgahan permaisuri lebah,
andai dunia yang hanya dipandang,
maka nasibmu takkan berubah..

Nasib si pipit dihina enggang,
kerna tak mampu terbang seiring,
jika yang susah lagi disisih,
tidaklah ada ertinya kasih..

Kalau bertuan biar bertempat,
kelak termakan budi dan jasa,
tidak ku tahu maksud tersirat,
adat manusia saling menghina..
" setinggi manapun langit digapai,seluas mana pun lautan direnangi,akhirnya didaratan juga kitakan bersemadi,pandanglah diri, tanyalah hati.. "

Monday, May 9, 2011

10 PETANDA KESESUAIAN SESEBUAH PERHUBUNGAN DALAM MENCARI JODOH.





10 PETANDA KESESUAIAN SESEBUAH PERHUBUNGAN DALAM MENCARI JODOH.

Firman Allah SWT didalam Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud, "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (7)

Sabda Rasulullah SAW dari riwayat Al-Baihaqi R.A yang bermaksud, “ Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”

Sabda Rasulullah SAW dari riwayat Al-Bukhari yang bermaksud, “Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya, dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan.”

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana anda mengetahui dia memang ditakdirkan untuk anda?
Justeru itu, haruslah bagi kita mencari dan mengenal bakal pasangan kita dan melihat akan kesesuaian sebelum  sesebuah perhubungan itu dimulakan. Berikut adalah 10 cara anda menilai kesesuaian anda dengan pasangan anda.

BIL
PETANDA / PERKARA YANG DINILAI
MATA
(√)
1
Penilaian Melalui Pancaindera

Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat, mulut dan lidah untuk berkata-kata serta akal untuk berfikir. Ini adalah melalui ikatan emosi , spiritual dan fizikal yang kuat antara keduanya. Apabila bersama, anda dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Contohnya;
1)    Anda dapat melihat dan menilai dari pandangan mata akan reaksi seperti keceriaan pasangan anda ketika bertemu dan terasa rindu apabila berjauhan atau tidak bertemu kerana tidak dapat melihat wajah masing-masing.
2)    Anda suka atau gembira mendengar suaranya dan rindu apabila tidak berhubung.
Kedua-duanya dapat merasai bahawa saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.  
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.  
10%
2
Perhubungan Yang Bersahaja / Tulus.

Perhubungan yang terbentuk sentiasa bersikap bersahaja atau tulus dan tiada lakonan antara satu sama lain apabila bersama. Ia seharusnya berlaku spontan, tidak dikawal dan tiada paksaan. Kalau ada yang kelihatan kurang selesa, mungkin ada sesuatu yang tersembunyi. Kadang-kala, keadaan ini dapat dikesan bahawa segala yang berlaku hanyalah lakonan.
Contohnya;
1)    Anda dapat melihat ini melalui cara pasangan anda berpakaian, bercakap, ketawa serta cara dia makan dan minum dan sebagainya.
2)    Juga dapat dinilai melalui tindak balas ketika perbualan.

10%
3
Senang Apabila Bersama.

Sewaktu anda bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri anda tetapi anda sentiasa tenang dan gembira. Begitu juga dengan pasangan anda. Semakin hari anda semakin sayang kepadanya dan dia menjadi pengubat ketika anda berduka. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Contohnya;
1)    Apabila berjauhan, terasa sedikit terkanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam dan ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

10%
4
Terima Pasangan Anda Seadanya.

Apapun kisah silam yang pernah pasangan anda lalui, anda terima dia seadanya. Anda tidak mengambil kisah siapa dia sebelum ini kerana pada anda yang penting, siapa dia sekarang. Yang anda tahu, dia adalah milik anda kini. Anda juga sedia berkongsi kisah silam anda dan mendengar kisah silamnya. Contohnya;
1)    Anda tahu yang dia pernah mempunyai kekasih sebelumnya dan adalakanya mereka ada berhubung untuk bertanya khabar tetapi anda tidak ambil hati langsung kerana anda yakin akan batasan perhubungan mereka.


10%
5
Sentiasa Jujur

Sikap jujur yang anda pamerkan akan menarik hati pasangan anda. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan.
Anda sering berkata benar dan tidak berbohong dengan pasangan anda.
Begitu juga dengan pasangan anda. Namun kadang-kala anda dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu anda. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila anda atau dia tidak jujur, sukar bagi kalian mengelak daripada berlaku curang antara satu sama lain.
Contohnya;
1)    Anda memaklumkan kepadanya dengan siapa anda keluar, dengan siapa anda sering berhubung dan sebagainya.
2)    Anda memaklumkan siap diri anda sebenarnya seperti latar belakang anda dan sebagainya.

Apabila anda jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta anda. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.

10%
6
Saling Mempercayai.

Anda tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Anda juga yakin bahawa dia percaya apa juga yang anda lakukan.  Contohnya;

1)    Berkongsi masalah dengan tujuan dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
2)    Tidak berperasaan negatif atau syakwa-sangka terhadap pasangan anda atas apa yang dia lakukan.
3)    Berkongsi rahsia anda kerana anda yakin bahawa rahsia anda akan disimpan dengan baik.
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

10%
7
Senang Bekerjasama

Bagi yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, anda dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Anda sering memberi kerjasama dengan baik apabila pasangan anda memohon bantuan atau ketuka melakukan suatu perkara sama samada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan adalah ikhlas bagi membantu pasangan meringankan tugasnya. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

10%
8
Memahami pasangan.

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya seperti waktu kegembiraannya, kedukaan dan kesakitam. Anda juga memahami apa yang pasangan anda suka dan tidak suka.
Contohnya;
1)    Pasangan anda tidak gemar dia diganggu semasa waktu bekerja dan anda menghormati keputusannya.
2)    Pasangan anda gemar bergurau senda dan anda memastikan setiap yang anda lakukan mampu membuat dia tertawa.
3)    Di kala dia inginkan teman berbicara, anda menjadi pendengar.
4)    Anda selalu bersamanya dalam sebarang situasi. Tidak kira dia sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuknya.
5)    Anda juga menerima pasang surut dalam perhubungan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

10%
9
Bersedia menampilkan kelemahan dan bersedia mengatasinya.

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Anda terlalu banyak merahsiakan kelemahan diri anda dan bersedia memberitahunya serta berusaha mengatasi kelemahan yang ada, Anda juga dapat menerima setiap kelemahan pada pasangan anda.
10%
10
Kata hati

Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain sekaligus dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa dengan tawakal dan redho akan ketentuan Allah.

10%
TOTAL MATA TERKUMPUL ( __/100M )


  
Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Sahabat

Kawan...

Adakah kita seorang sahabat?
jika memandang pada pangkat dan kedudukan,
menilai harta dan kekayaan,
menumpang ketika senang, hilang ketika susah,
ketawa bersama ketika gembira, lari ketika duka,

Adakah kita seorang sahabat?
jikalau berkasih ketika bertuan,
tapi menyisih ketika menghamba,
manis bicara kerana berkehendak,
mencebek bibir sesudah berada,

Adakah itu yang dinamakan sahabat?
memuji dalam menikam,
mencela sambil ketawa,
bantuan dan nasihat bersebut harga,
tak mampu dikeji dipinggir jauh...


Pena Malaya
Mh Hanafi, MhD

Sunday, May 8, 2011

Andai esok tiada lagi untukku...

Andai esok tiada lagi untukku,
inginku sampaikan pesanku hari ini,
kerna mungkin akan engkau perlukan disuatu ketika nanti,
dan membuatkan kita saling mengingati,
mungkin disaat kau perlukan aku disisimu,
Dengarlah,
hidup ini tidak seindah sinar pagi,
yang menyinari dedaunan bersalutan embun pagi,
bisa bercahaya dikala terang,
hambar pabila ia mendung,
Ingatlah,
jalanmu tidak selurus disangkakan,
kerna setiap persimpangan ada dugaannya,
bisa menyesatkan jika tidak dihalusi,
bisa menghancurkan jika langkahmu tidak disusun rapi,
Pandanglah,
segala yang ada disekelilingmu dengan pintu hati,
carilah teman yang bisa bersaudara,
kerna disuatu ketika akan engkau mengerti,
maksud tersirat pertemuan ini
Diakhiri kata ini dengan permintaan,
aku mohon agar engkau berjanji,
jangan pernah engkau tangisi pemergian ini,
walau dengan setitis air matamu,
berjanjilah wahai temanku...


Salam Kasih,

Pena Malaya
(Mh Hanafi, MhD)