Monday, May 9, 2011

10 PETANDA KESESUAIAN SESEBUAH PERHUBUNGAN DALAM MENCARI JODOH.





10 PETANDA KESESUAIAN SESEBUAH PERHUBUNGAN DALAM MENCARI JODOH.

Firman Allah SWT didalam Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud, "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (7)

Sabda Rasulullah SAW dari riwayat Al-Baihaqi R.A yang bermaksud, “ Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”

Sabda Rasulullah SAW dari riwayat Al-Bukhari yang bermaksud, “Dinikahi perempuan itu kerana hartanya, dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya, dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan.”

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana anda mengetahui dia memang ditakdirkan untuk anda?
Justeru itu, haruslah bagi kita mencari dan mengenal bakal pasangan kita dan melihat akan kesesuaian sebelum  sesebuah perhubungan itu dimulakan. Berikut adalah 10 cara anda menilai kesesuaian anda dengan pasangan anda.

BIL
PETANDA / PERKARA YANG DINILAI
MATA
(√)
1
Penilaian Melalui Pancaindera

Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat, mulut dan lidah untuk berkata-kata serta akal untuk berfikir. Ini adalah melalui ikatan emosi , spiritual dan fizikal yang kuat antara keduanya. Apabila bersama, anda dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Contohnya;
1)    Anda dapat melihat dan menilai dari pandangan mata akan reaksi seperti keceriaan pasangan anda ketika bertemu dan terasa rindu apabila berjauhan atau tidak bertemu kerana tidak dapat melihat wajah masing-masing.
2)    Anda suka atau gembira mendengar suaranya dan rindu apabila tidak berhubung.
Kedua-duanya dapat merasai bahawa saling menyayangi dan mencintai antara satu sama lain.  
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan.  
10%
2
Perhubungan Yang Bersahaja / Tulus.

Perhubungan yang terbentuk sentiasa bersikap bersahaja atau tulus dan tiada lakonan antara satu sama lain apabila bersama. Ia seharusnya berlaku spontan, tidak dikawal dan tiada paksaan. Kalau ada yang kelihatan kurang selesa, mungkin ada sesuatu yang tersembunyi. Kadang-kala, keadaan ini dapat dikesan bahawa segala yang berlaku hanyalah lakonan.
Contohnya;
1)    Anda dapat melihat ini melalui cara pasangan anda berpakaian, bercakap, ketawa serta cara dia makan dan minum dan sebagainya.
2)    Juga dapat dinilai melalui tindak balas ketika perbualan.

10%
3
Senang Apabila Bersama.

Sewaktu anda bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri anda tetapi anda sentiasa tenang dan gembira. Begitu juga dengan pasangan anda. Semakin hari anda semakin sayang kepadanya dan dia menjadi pengubat ketika anda berduka. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Contohnya;
1)    Apabila berjauhan, terasa sedikit terkanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam dan ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

10%
4
Terima Pasangan Anda Seadanya.

Apapun kisah silam yang pernah pasangan anda lalui, anda terima dia seadanya. Anda tidak mengambil kisah siapa dia sebelum ini kerana pada anda yang penting, siapa dia sekarang. Yang anda tahu, dia adalah milik anda kini. Anda juga sedia berkongsi kisah silam anda dan mendengar kisah silamnya. Contohnya;
1)    Anda tahu yang dia pernah mempunyai kekasih sebelumnya dan adalakanya mereka ada berhubung untuk bertanya khabar tetapi anda tidak ambil hati langsung kerana anda yakin akan batasan perhubungan mereka.


10%
5
Sentiasa Jujur

Sikap jujur yang anda pamerkan akan menarik hati pasangan anda. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan.
Anda sering berkata benar dan tidak berbohong dengan pasangan anda.
Begitu juga dengan pasangan anda. Namun kadang-kala anda dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu anda. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila anda atau dia tidak jujur, sukar bagi kalian mengelak daripada berlaku curang antara satu sama lain.
Contohnya;
1)    Anda memaklumkan kepadanya dengan siapa anda keluar, dengan siapa anda sering berhubung dan sebagainya.
2)    Anda memaklumkan siap diri anda sebenarnya seperti latar belakang anda dan sebagainya.

Apabila anda jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta anda. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati.

10%
6
Saling Mempercayai.

Anda tidak kisah apa yang anda lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Anda juga yakin bahawa dia percaya apa juga yang anda lakukan.  Contohnya;

1)    Berkongsi masalah dengan tujuan dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
2)    Tidak berperasaan negatif atau syakwa-sangka terhadap pasangan anda atas apa yang dia lakukan.
3)    Berkongsi rahsia anda kerana anda yakin bahawa rahsia anda akan disimpan dengan baik.
Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

10%
7
Senang Bekerjasama

Bagi yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, anda dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Anda sering memberi kerjasama dengan baik apabila pasangan anda memohon bantuan atau ketuka melakukan suatu perkara sama samada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan adalah ikhlas bagi membantu pasangan meringankan tugasnya. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

10%
8
Memahami pasangan.

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya seperti waktu kegembiraannya, kedukaan dan kesakitam. Anda juga memahami apa yang pasangan anda suka dan tidak suka.
Contohnya;
1)    Pasangan anda tidak gemar dia diganggu semasa waktu bekerja dan anda menghormati keputusannya.
2)    Pasangan anda gemar bergurau senda dan anda memastikan setiap yang anda lakukan mampu membuat dia tertawa.
3)    Di kala dia inginkan teman berbicara, anda menjadi pendengar.
4)    Anda selalu bersamanya dalam sebarang situasi. Tidak kira dia sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuknya.
5)    Anda juga menerima pasang surut dalam perhubungan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

10%
9
Bersedia menampilkan kelemahan dan bersedia mengatasinya.

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Anda terlalu banyak merahsiakan kelemahan diri anda dan bersedia memberitahunya serta berusaha mengatasi kelemahan yang ada, Anda juga dapat menerima setiap kelemahan pada pasangan anda.
10%
10
Kata hati

Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain sekaligus dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa dengan tawakal dan redho akan ketentuan Allah.

10%
TOTAL MATA TERKUMPUL ( __/100M )


  
Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


2 comments: